Program “Skills & Work”
PEN Academy sedar bahawa
pembelajaran dalam bentuk kemahiran dan pembentukan modal insan amat penting
bagi membentuk dan menghasilkan pelatih yang berkemampuan menyumbang kepada
pembentukan ekonomi di Malaysia. Oleh yang demikian, dengan pengalaman lebih 20
tahun di industri dan pengajar di beberapa institut kemahiran di Malaysia serta
terlibat secara langsung dalam pembentukan modul latihan dan penilaian pelatih
bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran telah terhasilnya program “Skills &
Work”. Program yang direka bentuk khas bagi individu yang gagal di bidang
akademik dan lebih cenderung ke arah kemahiran boleh menghasilkan tenaga kerja
yang berkemahiran dan berdaya saing didalam industri.
Malah bukan itu sahaja, pelatih
akan dapat menyambung pendidikan mereka ke tahap yang lebih tinggi dengan
berbekalkan pensijilan yang diberikan oleh UTMSPACE dan peluang membentuk
kerjaya di industri pada masa hadapan.
TAHAP PENGANGGURAN DAN FAKTOR PENGANGGURAN
Malaysia ada sebuah Negara maju
yang sangat pesat membangun, walaupun begitu masalah pengangguran dikalangan
belia Negara amat merunsingkan. Kadar pengangguran adalah merupakan kayu
pengukur tahap kesihatan ekonomi sesebuah Negara. Secara amnya kadar
pengangguran di Malaysia berada ditahap sihat. Berdasarkan rekod 10 tahu
kebelakangan ini, kadar pengangguran di Malaysia tidak melebihi paras 4%. Ini
bermaksud bagi setiap 100 orang mencari pekerjaan, hanya 3 hingga 4 orang
sahaja yang tidak berjaya.
Graf diatas adalah merujuk kepada
kadar pengangguran bagi semua golongan, walau bagaimana pun jika dilihat pada
kadar pengangguran dikalangan golongan belia amat merunsingkan. Kadar
pengangguran belia adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada kadar pengangguran
semasa negara dan mencatatkan kadar tertinggi pada tahun 2009 iaitu pada kadar
11.65%. Masalah ini bukan sahaja dialami oleh Malaysia, tetapi ianya merupakan
masalah global.
Memetik laporan BH Online, Ketua
Ekonomi AmBank Research, Dr Anthony Dass, berkata pengangguran golongan muda
Malaysia kekal pada kadar iaitu 10.8 peratus, lebih tinggi berbanding Singapura
(4.6 peratus), Thailand (5.9 peratus), Vietnam (7.9 peratus) dan India (10.5
peratus) – BH Online.
Kumpulan belia merupakan kumpulan
yang paling mudah terjejas dengan kejatuhan dan kelembapan ekonomi. Mereka
adalah kumpulan terakhir yang diambil bekerja tetapi yang pertama akan diberhentikan
(First in first out).
Hal ini kerana mereka dilihat
sebagai pekerja yang kurang berpengalaman dan kurang berkemahiran untuk
berkomunikasi dengan majikan
FAKTOR PENGANGGURAN
FAKTOR: SIKAP
NEGATIF
Sikap adalah menjadi satu factor utama didalam factor
pengangguran kerana para belia yang sedang mencari pekerjaan sangat memilih
dengan pekerjaan, mahukan gaji yang besar walaupun tanpa pengalaman, tidak mahu
berkerja susah atau mula kerja dari bawah dan tidak menepati masa.
FAKTOR: TIDAK
BERKEMAHIRAN
Kebanyakan belia mempunyai masalah tidak mengenal
kecenderungan kemahiran masing-masing dan tidak mempunyai kemahiran dalam
bidang yang ingin diceburi.
FAKTOR: KURANG
BERPENGETAHUAN
Pengetahuan dan ilmu dalam bidang yang ingin diceburi amat
diperlukan dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan, dengan kekurangan
pengetahuan dan ilmu dalam bidang berkaitan tidak cukupi maka faktor ini akan
membuatkan para belia di Malaysia tidak berkeyakinan untuk menceburi bidang
berkaitan serta pengangguran akan berlaku.