Monday, June 22, 2020

BAGAIMANA PEMBENTUKAN KERJAYA DI PEN ACADEMY..?
BIAR BETUL KERJA PUN PEN ACADEMY SEDIAKAN....???!!!

𝓟𝓮𝓶𝓫𝓪𝓷𝓰𝓾𝓷𝓪𝓷 𝓭𝓪𝓷 𝓟𝓮𝓶𝓫𝓮𝓷𝓽𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓚𝓮𝓻𝓳𝓪𝔂𝓪 𝓑𝓮𝓻𝓶𝓾𝓵𝓪 𝓭𝓲 𝓟𝓔𝓝 𝓐𝓬𝓪𝓭𝓮𝓶𝔂.

-𝔹𝕚𝕕𝕒𝕟𝕘 ℍ𝕠𝕤𝕡𝕚𝕥𝕒𝕝𝕚𝕥𝕪 𝕄𝕒𝕟𝕒𝕘𝕖𝕞𝕖𝕟𝕥-
𝕊𝕖𝕠𝕣𝕒𝕟𝕘 𝕡𝕖𝕝𝕒𝕛𝕒𝕣 ℙ𝔼ℕ 𝔸𝕔𝕒𝕕𝕖𝕞𝕪 𝕤𝕖𝕕𝕒𝕟𝕘 𝕞𝕖𝕞𝕓𝕚𝕟𝕒 𝕜𝕖𝕣𝕛𝕒𝕪𝕒 𝕓𝕖𝕝𝕚𝕒𝕦 𝕕𝕚𝕒 𝕤𝕖𝕓𝕦𝕒𝕙 𝕙𝕠𝕥𝕖𝕝 𝕕𝕚 𝕂𝕦𝕒𝕝𝕒 𝕃𝕦𝕞𝕡𝕦𝕣. 𝔹𝕖𝕝𝕚𝕒𝕦 𝕤𝕖𝕕𝕒𝕟𝕘 𝕞𝕖𝕞𝕡𝕖𝕝𝕒𝕛𝕒𝕣𝕚 𝕤𝕖𝕞𝕦𝕒 𝕓𝕒𝕙𝕒𝕘𝕚𝕒𝕟 𝕕𝕚 𝕤𝕖𝕓𝕦𝕒𝕙 𝕙𝕠𝕥𝕖𝕝 𝕓𝕖𝕣𝕟𝕒𝕞𝕒 ℍ𝕖𝕩𝕒 ℍ𝕠𝕥𝕖𝕝. 𝔹𝕖𝕣𝕓𝕖𝕜𝕒𝕝𝕜𝕒𝕟 𝕡𝕖𝕟𝕘𝕒𝕝𝕒𝕞𝕒𝕟 𝕤𝕖𝕓𝕖𝕟𝕒𝕣 𝕕𝕚𝕚𝕟𝕕𝕦𝕤𝕥𝕣𝕚 (𝕂𝕖𝕣𝕛𝕒 𝕊𝕖𝕡𝕖𝕟𝕦𝕙 𝕄𝕒𝕤𝕒) 𝕡𝕖𝕝𝕒𝕛𝕒𝕣 𝕚𝕟𝕚 𝕞𝕒𝕞𝕡𝕦 𝕞𝕖𝕞𝕓𝕚𝕟𝕒 𝕜𝕖𝕣𝕛𝕒𝕪𝕒 𝕓𝕖𝕝𝕚𝕒𝕦 𝕕𝕚𝕕𝕒𝕝𝕒𝕞 𝕓𝕚𝕕𝕒𝕟𝕘 ℍ𝕠𝕤𝕡𝕚𝕥𝕒𝕝𝕚𝕥𝕚.

_________________________________________________
𝓗𝓮𝔁𝓪 𝓗𝓸𝓽𝓮𝓵
̲(̲M̲e̲m̲a̲n̲g̲ ̲t̲e̲m̲p̲a̲t̲ ̲s̲a̲n̲t̲a̲i̲ ̲d̲a̲n̲ ̲m̲e̲n̲g̲h̲a̲b̲i̲s̲k̲a̲n̲ ̲m̲a̲s̲a̲ ̲b̲e̲r̲s̲a̲m̲a̲ ̲r̲a̲k̲a̲n̲-̲r̲a̲k̲a̲n̲)̲

𝘚𝘦𝘴𝘶𝘢𝘪 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘦𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨𝘪𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘪𝘯𝘢𝘱𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘯𝘵𝘢𝘪 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘫𝘦𝘭𝘢𝘫𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘪𝘯𝘥𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘯𝘥𝘢𝘳𝘢𝘺𝘢 𝘒𝘶𝘢𝘭𝘢 𝘓𝘶𝘮𝘱𝘶𝘳. 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘪𝘯𝘢𝘱𝘢𝘯 𝘥𝘪 𝘏𝘢𝘹𝘦 𝘏𝘰𝘵𝘦𝘭 𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘪 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘨𝘦𝘮𝘢𝘳 "𝘉𝘢𝘤𝘬𝘱𝘢𝘤𝘬𝘦𝘳". 𝘚𝘢𝘯𝘵𝘢𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘳𝘢𝘬𝘢𝘯-𝘳𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘥𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘰𝘯𝘨𝘴𝘪 𝘬𝘪𝘴𝘢𝘩 𝘴𝘶𝘬𝘢 𝘥𝘶𝘬𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘨𝘦𝘮𝘣𝘪𝘳𝘢.
𝘛𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘢𝘱𝘢 𝘭𝘢𝘨𝘪.. 𝘑𝘰𝘮 𝘒𝘦𝘮𝘱𝘦𝘯 𝘉𝘢𝘤𝘬𝘱𝘢𝘤𝘬𝘦𝘳 𝘥𝘪 𝘒𝘶𝘢𝘭𝘢 𝘓𝘶𝘮𝘱𝘶𝘳.

𝚄𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚃𝚎𝚖𝚙𝚊𝚑𝚊𝚗: +𝟼𝟶𝟹 𝟸𝟷𝟷𝟶 𝟹𝟹𝟸𝟾
𝙰𝚕𝚊𝚖𝚊𝚝: 𝟸𝟽, 𝙹𝚊𝚕𝚊𝚗 𝙱𝚎𝚛𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗, 𝙱𝚞𝚔𝚒𝚝 𝙱𝚒𝚗𝚝𝚊𝚗𝚐, 𝟻𝟶𝟸𝟶𝟶 𝙺𝚞𝚊𝚕𝚊 𝙻𝚞𝚖𝚙𝚞𝚛, 𝚆𝚒𝚕𝚊𝚢𝚊𝚑 𝙿𝚎𝚛𝚜𝚎𝚔𝚞𝚝𝚞𝚊𝚗 𝙺𝚞𝚊𝚕𝚊 𝙻𝚞𝚖𝚙𝚞𝚛











Thursday, June 18, 2020

PEN Academy = Pembangunan Kerjaya

🆃🆄🅹🆄🅷 🅺🅴🅼🅰🅷🅸🆁🅰🅽 🅺🅴🆁🅹🅰🆈🅰

Seorang penyelidik dari Harvard University yang bernama Tony Wagner telah membuat kajian berkenaan ‘survival skills’ yang wajib dimiliki bagi mendepani arus dunia abad ke-21. Di dalam kajiannya, beliau telah menemu ramah beratus-ratus CEO daripada pelbagai industri seperti perniagaan sehinggalah kepada organisasi ‘non-profit’ dan institusi pendidikan. Dan hasilnya, beliau telah menyenaraikan 7 kemahiran yang sentiasa diperlukan dan akan kekal relevan di dalam abad ke-21 ini.

𝟭) 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵.

𝗖𝗿𝗶𝘁𝗶𝗰𝗮𝗹 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸𝗶𝗻𝗴 𝗮𝗻𝗱 𝗣𝗿𝗼𝗯𝗹𝗲𝗺 𝘀𝗼𝗹𝘃𝗶𝗻𝗴

Seseorang yang memiliki sifat ataupun kemahiran ini mampu untuk melihat apa sahaja situasi dari pelbagai sudut yang berbeza. Lantas dia mampu untuk mencari formula penyelesaian yang terbaik bagi menghadapinya. Tanpa mengira bidang yang diceburi, orang yang mempunyai kemahiran ini akan sentiasa memiliki ‘advantage’ di dalam kerjayanya. Bagi mengasah kemahiran ini, para pelajar perlu dilatih untuk mencari dan meneroka penyelesaian mahupun jawapan mereka sendiri, tanpa kekangan daripada skema jawapan ataupun daripada pendidik itu sendiri. Dengan ini, pelajar akan dilatih untuk memiliki pemikiran kreatif, dan belajar membuat keputusan berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

𝟮) 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗶𝗮𝗻 & 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝘂𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻.

𝗖𝗼𝗹𝗹𝗮𝗯𝗼𝗿𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗮𝗰𝗿𝗼𝘀𝘀 𝗻𝗲𝘁𝘄𝗼𝗿𝗸 & 𝗹𝗲𝗮𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗯𝘆 𝗶𝗻𝗳𝗹𝘂𝗲𝗻𝗰𝗲

Bukan semua orang dilahirkan dengan sifat semula jadi untuk menjadi pemimpin. Walaubagaimanapun, kebolehan untuk memimpin adalah satu aset yang sangat bernilai untuk dimiliki oleh seorang yang ingin berjaya di dalam kerjaya. Di samping itu, sifat kepimpinan ini harus bergerak seiring dengan kemahiran kerjasama untuk bekerja secara berpasukan. Cara yang terbaik untuk melatih kemahiran ini adalah dengan menggalakkan aktiviti dan perbincangan di dalam kumpulan, di mana setiap ahli perlu memainkan peranan yang tersendiri di dalam kumpulan tersebut. Di sini, pendidik perlu bijak untuk mengatur peranan para pelajar supaya setiap orang berpeluang untuk menjadi pemberi ataupun penerima arahan, dan juga mampu bekerja secara harmoni di dalam kumpulan.

𝟯) 𝗞𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀𝗮𝗻 & 𝗸𝗲𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶𝗮𝗻

𝗔𝗴𝗶𝗹𝗶𝘁𝘆 𝗮𝗻𝗱 𝗮𝗱𝗮𝗽𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝘆

Lihatlah bagaimana dunia hari ini telah terlalu jauh berubah, dan lihatlah pula kepada diri kita. Adakah kita juga mampu untuk beradaptasi dengan perubahan yang berlaku disekeliling kita. Bagi seorang yang ingin berjaya, perubahan sentiasa dilihat sebagai suatu peluang dan bukan ancaman kepada masa depan mereka. Oleh itu, persekitaran dunia yang dinamik ini hendaklah diwujudkan oleh pendidik di dalam pembelajaran sehari-hari. Kaedah, strategi, alat bantuan, malah ruang pembelajaran juga perlu dipelbagaikan agar para pelajar sentiasa bersedia untuk mengadaptasikan fikiran mereka terhadap sebarang perubahan yang berlaku, dan mereka juga sentiasa bersedia untuk keluar daripada ‘comfort zone’ masing-masing.

𝟰) 𝗜𝗻𝗶𝘀𝗶𝗮𝘁𝗶𝗳 & 𝗸𝗲𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻

𝗜𝗻𝗶𝘁𝗶𝗮𝘁𝗶𝘃𝗲 & 𝗘𝗻𝘁𝗿𝗲𝗽𝗿𝗲𝗻𝗲𝘂𝗿𝘀𝗵𝗶𝗽

Sebagai pemimpin dan penggerak di masa hadapan, pelajar kini seharusnya memiliki inisiatif tersendiri untuk memberi sumbangan kepada dunia. Inisiatif ini mungkin boleh bermula dengan perkara-perkara yang kecil seperti peranan dan tanggungjawab terhadap keluarga, sekolah, dan komuniti setempat. Dengan ini, anak-anak yang masih kecil ini akan dapat mempelajari pengalaman yang sangat bermakna bahawa setiap orang di dunia ini mampu untuk memberikan impak yang besar kepada dunia, jika inisiatif itu lahir dari kesungguhan yang berterusan.

𝟱) 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗧𝘂𝗹𝗶𝘀𝗮𝗻 & 𝗣𝗲𝗿𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗘𝗳𝗲𝗸𝘁𝗶𝗳

𝗘𝗳𝗳𝗲𝗰𝘁𝗶𝘃𝗲 𝗼𝗿𝗮𝗹 & 𝗪𝗿𝗶𝘁𝘁𝗲𝗻 𝗖𝗼𝗺𝗺𝘂𝗻𝗶𝗰𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻

Walaupun dengan perkembangan teknologi komunikasi pada hari ini dan masa akan datang, kemahiran komunikasi verbal secara bersemuka akan sentiasa menjadi skill yang sangat penting. Ini adalah salah satu faktor yang akan menjadikan seseorang itu kelihatan lebih berkarisma dan berkeyakinan tinggi. Dan faktor inilah yang mungkin akan menjadi pendorong utama yang dapat menentukan kebolehpasaran para pelajar di masa akan datang. Namun begitu, kemahiran ini tidak datang secara semula jadi. Ia perlu diajar dan diasah secara berterusan sehinggalah kemahiran ini menjadi sebahagian daripada diri mereka. Elemen-elemen seperti kelancaran, sebutan, tempo, kekuatan, ‘pitching’, gerak tubuh, ‘eye-contact’, dan sebagainya adalah antara elemen yang perlu dilatih supaya kemahiran komunikasi dikalangan pelajar menjadi lebih mantap.

𝟲) 𝗠𝗲𝗻𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶 & 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮 𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁

𝗔𝗰𝗰𝗲𝘀𝘀𝗶𝗻𝗴 & 𝗔𝗻𝗮𝗹𝘆𝘇𝗶𝗻𝗴 𝗜𝗻𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻

Dunia pada masa kini adalah dunia tanpa sempadan. Segala informasi dapat diperolehi dengan mudah, hanya dihujung jari kita. Internet merupakan salah satu sumber yang mampu diakses oleh sesiapa sahaja dan ianya dapat memberikan informasi mengenai pelbagai perkara, termasuklah perkara-perkara yang mejurus ke arah keburukan. Sebagai ibubapa dan pendidik, anak-anak kita haruslah diajar sejak kecil untuk membezakan antara perkara yang baik dan buruk mengikut acuan agama, moral, budaya, dan kemanusiaan. Di samping itu, mereka juga perlu diajar supaya mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap apa sahaja aktiviti yang dilakukan di dalam talian. Ini termasuk menjauhi gejala-gejala yang negatif seperti ‘hacking’, mencuri identiti,  penipuan, plagiarism, perjudian, dan sebagainya.

𝟳) 𝗥𝗮𝘀𝗮 𝗜𝗻𝗴𝗶𝗻 𝗧𝗮𝗵𝘂 & 𝗜𝗺𝗮𝗴𝗶𝗻𝗮𝘀𝗶

𝗖𝘂𝗿𝗶𝗼𝘀𝗶𝘁𝘆 & 𝗜𝗺𝗮𝗴𝗶𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻

Kanak-kanak secara semula jadinya diahirkan dengan sifat ingin tahu yang tinggi. Mereka juga memiliki daya imaginasi yang sangat luas; sehingga mampu membuahkan perkara-perkara yang tidak tercapai oleh akal fikiran orang dewasa. Oleh itu, tugas kita yang sebenar bukanlah untuk mengajar sifat ini kepada mereka, tetapi peranan yang perlu kita mainkan adalah untuk membimbing kelebihan yang dimiliki oleh mereka ke arah yang positif, dan turut memberi galakan yang berterusan untuk mereka menggunakan daya kreativiti yang ada di dalam kehidupan seharian dan aktiviti pembelajaran. Bayangkanlah potensi yang bakal dihasilkan jika imaginasi anak-anak ini dapat diterjemahkan kepada sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh dirinya dan orang disekelilingnya.

Anak-anak pada hari ini perlu disiapkan dengan kemahiran-kemahiran yang membolehkan mereka ‘survive’ di dalam dunia yang semakin mencabar. Dan seharusnya, peluang untuk mempelajari ‘survival skills’ ini dicari dengan sebaik mungkin agar benihnya dapat ditanam di dalam diri mereka sejak kecil lagi.

Seperti yang kita tahu, sekolah bukanlah satu-satunya tempat untuk anak-anak kita menuntut ilmu dan mempelajari kemahiran yang berguna ini. Malah, telah terbukti bahawa pembelajaran di luar bilik darjah dapat memberikan kesan yang lebih memberi impak yang tinggi terhadap perkembangan pemikiran dan jati diri para pelajar.

Daya pemikiran kritis, kebolehan menyelesaikan masalah, kolaborasi dan kepimpinan, nilai dinamik, keusahawanan, kemahiran komunikasi, analisis, dan sifat ingin tahu. Kesemua elemen-elemen ini, jika dipraktikkan di dalam pembelajaran, ianya pasti akan membuahkan hasil diluar jangkaan.

Credit : Akademi DS

Hubungi *"Career Development Expert"* PEN Academy:

Cik Nur
www.wasap.my/+601137513676/Kerjaya&BelajarKONDUSIF

Cik Erin
www.wasap.my/+601114377091/Kerjaya&BelajarKONDUSIF

Cikgu Mohd
www.wasap.my/+60193737388/Kerjaya&BelajarKONDUSIF

#UTMSPACE
#Skill
#Work
#kemahiran
#jangansiasiakanmasamuda
#kitabaiksemuasayang

Sunday, June 14, 2020

Kerja VS Kerjaya

Apa ada dengan PEN Academy..? 
Kenapa PEN Academy bagi KERJA (Bukan Praktikal) pada semua pelajar? 

Kerja VS kerjaya

KERJA adalah kesungguhan yang di laksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah dan ganjaran. Selain itu, kerja dalam pegertian luas adalah semua bentuk usaha yang dilakukan manusia, baik dalam hal materi (kuasa) maupun non- materi (bukan kuasa), intelektual atau fisik maupun hal-hal yang berkaitan dengan masalah keduniawan atau keakhiratan.

KERJAYA adalah pekerjaan yang memerlukan latihan atau pendidikan khas dan diikuti sebagai pekerjaan sepanjang hayat. Ia adalah usaha jangka panjang untuk mencapai cita-cita seumur hidup. Kerjaya dilakukan untuk tempoh utama kehidupan seseorang, dan ia menawarkan peluang untuk kemajuan. Kerjaya juga boleh merujuk kepada satu siri peluang pekerjaan yang berkaitan, dimana anda boleh berpindah kepada peluang pekerjaan yang lebih tinggi. Melalui pembangunan kemahiran dan pengalaman.

PEN Academy menyediakan latihan dengan berpaksikan konsep "Attitude, Skill, Knowledge" bagi perkembangan kerjaya semua pelajar kami. Kami percaya dengan konzep latihan serta bimbingan kerjaya dapat melahirkan generasi yang akan menerajui perkembangan ekonomi negara dan kurang kebergantungan dengan tenaga asing..
Dan yang paling penting dapat melahirkan generasi yang kurang kebergantungan dengan negara (Berdikari & Berdaya Saing).