đđđ
šđđ
ˇ đ
ēđ
´đ
ŧđ
°đ
ˇđ
¸đđ
°đ
Ŋ đ
ēđ
´đđ
šđ
°đđ
°
Seorang penyelidik dari Harvard University yang bernama Tony Wagner telah membuat kajian berkenaan ‘survival skills’ yang wajib dimiliki bagi mendepani arus dunia abad ke-21. Di dalam kajiannya, beliau telah menemu ramah beratus-ratus CEO daripada pelbagai industri seperti perniagaan sehinggalah kepada organisasi ‘non-profit’ dan institusi pendidikan. Dan hasilnya, beliau telah menyenaraikan 7 kemahiran yang sentiasa diperlukan dan akan kekal relevan di dalam abad ke-21 ini.
đ) đđ˛đēđŽđĩđļđŋđŽđģ đđŋđļđđļđ¸đŽđš đąđŽđģ đŊđ˛đģđđ˛đšđ˛đđŽđļđŽđģ đēđŽđđŽđšđŽđĩ.
đđŋđļđđļđ°đŽđš đđĩđļđģđ¸đļđģđ´ đŽđģđą đŖđŋđŧđ¯đšđ˛đē đđŧđšđđļđģđ´
Seseorang yang memiliki sifat ataupun kemahiran ini mampu untuk melihat apa sahaja situasi dari pelbagai sudut yang berbeza. Lantas dia mampu untuk mencari formula penyelesaian yang terbaik bagi menghadapinya. Tanpa mengira bidang yang diceburi, orang yang mempunyai kemahiran ini akan sentiasa memiliki ‘advantage’ di dalam kerjayanya. Bagi mengasah kemahiran ini, para pelajar perlu dilatih untuk mencari dan meneroka penyelesaian mahupun jawapan mereka sendiri, tanpa kekangan daripada skema jawapan ataupun daripada pendidik itu sendiri. Dengan ini, pelajar akan dilatih untuk memiliki pemikiran kreatif, dan belajar membuat keputusan berdasarkan pengalaman mereka sendiri.
đŽ) đđ˛đŋđˇđŽđđŽđēđŽ đēđ˛đšđŽđšđđļ đŋđŽđģđ´đ¸đŽđļđŽđģ & đŊđ˛đģđ´đŽđŋđđĩ đ¸đ˛đŊđļđēđŊđļđģđŽđģ.
đđŧđšđšđŽđ¯đŧđŋđŽđđļđŧđģ đŽđ°đŋđŧđđ đģđ˛đđđŧđŋđ¸ & đšđ˛đŽđąđļđģđ´ đ¯đ đļđģđŗđšđđ˛đģđ°đ˛
Bukan semua orang dilahirkan dengan sifat semula jadi untuk menjadi pemimpin. Walaubagaimanapun, kebolehan untuk memimpin adalah satu aset yang sangat bernilai untuk dimiliki oleh seorang yang ingin berjaya di dalam kerjaya. Di samping itu, sifat kepimpinan ini harus bergerak seiring dengan kemahiran kerjasama untuk bekerja secara berpasukan. Cara yang terbaik untuk melatih kemahiran ini adalah dengan menggalakkan aktiviti dan perbincangan di dalam kumpulan, di mana setiap ahli perlu memainkan peranan yang tersendiri di dalam kumpulan tersebut. Di sini, pendidik perlu bijak untuk mengatur peranan para pelajar supaya setiap orang berpeluang untuk menjadi pemberi ataupun penerima arahan, dan juga mampu bekerja secara harmoni di dalam kumpulan.
đ¯) đđ˛đđŽđģđ´đ¸đŽđđŽđģ & đ¸đ˛đđ˛đđđŽđļđŽđģ
đđ´đļđšđļđđ đŽđģđą đŽđąđŽđŊđđŽđ¯đļđšđļđđ
Lihatlah bagaimana dunia hari ini telah terlalu jauh berubah, dan lihatlah pula kepada diri kita. Adakah kita juga mampu untuk beradaptasi dengan perubahan yang berlaku disekeliling kita. Bagi seorang yang ingin berjaya, perubahan sentiasa dilihat sebagai suatu peluang dan bukan ancaman kepada masa depan mereka. Oleh itu, persekitaran dunia yang dinamik ini hendaklah diwujudkan oleh pendidik di dalam pembelajaran sehari-hari. Kaedah, strategi, alat bantuan, malah ruang pembelajaran juga perlu dipelbagaikan agar para pelajar sentiasa bersedia untuk mengadaptasikan fikiran mereka terhadap sebarang perubahan yang berlaku, dan mereka juga sentiasa bersedia untuk keluar daripada ‘comfort zone’ masing-masing.
đ°) đđģđļđđļđŽđđļđŗ & đ¸đ˛đđđŽđĩđŽđđŽđģđŽđģ
đđģđļđđļđŽđđļđđ˛ & đđģđđŋđ˛đŊđŋđ˛đģđ˛đđŋđđĩđļđŊ
Sebagai pemimpin dan penggerak di masa hadapan, pelajar kini seharusnya memiliki inisiatif tersendiri untuk memberi sumbangan kepada dunia. Inisiatif ini mungkin boleh bermula dengan perkara-perkara yang kecil seperti peranan dan tanggungjawab terhadap keluarga, sekolah, dan komuniti setempat. Dengan ini, anak-anak yang masih kecil ini akan dapat mempelajari pengalaman yang sangat bermakna bahawa setiap orang di dunia ini mampu untuk memberikan impak yang besar kepada dunia, jika inisiatif itu lahir dari kesungguhan yang berterusan.
đą) đđŧđēđđģđļđ¸đŽđđļ đ đ˛đšđŽđšđđļ đ§đđšđļđđŽđģ & đŖđ˛đŋđ°đŽđ¸đŽđŊđŽđģ đĻđ˛đ°đŽđŋđŽ đđŗđ˛đ¸đđļđŗ
đđŗđŗđ˛đ°đđļđđ˛ đŧđŋđŽđš & đĒđŋđļđđđ˛đģ đđŧđēđēđđģđļđ°đŽđđļđŧđģ
Walaupun dengan perkembangan teknologi komunikasi pada hari ini dan masa akan datang, kemahiran komunikasi verbal secara bersemuka akan sentiasa menjadi skill yang sangat penting. Ini adalah salah satu faktor yang akan menjadikan seseorang itu kelihatan lebih berkarisma dan berkeyakinan tinggi. Dan faktor inilah yang mungkin akan menjadi pendorong utama yang dapat menentukan kebolehpasaran para pelajar di masa akan datang. Namun begitu, kemahiran ini tidak datang secara semula jadi. Ia perlu diajar dan diasah secara berterusan sehinggalah kemahiran ini menjadi sebahagian daripada diri mereka. Elemen-elemen seperti kelancaran, sebutan, tempo, kekuatan, ‘pitching’, gerak tubuh, ‘eye-contact’, dan sebagainya adalah antara elemen yang perlu dilatih supaya kemahiran komunikasi dikalangan pelajar menjadi lebih mantap.
đ˛) đ đ˛đģđ°đŽđŊđŽđļ & đ đ˛đģđ´đŽđģđŽđšđļđđŽ đ đŽđ¸đšđđēđŽđ
đđ°đ°đ˛đđđļđģđ´ & đđģđŽđšđđđļđģđ´ đđģđŗđŧđŋđēđŽđđļđŧđģ
Dunia pada masa kini adalah dunia tanpa sempadan. Segala informasi dapat diperolehi dengan mudah, hanya dihujung jari kita. Internet merupakan salah satu sumber yang mampu diakses oleh sesiapa sahaja dan ianya dapat memberikan informasi mengenai pelbagai perkara, termasuklah perkara-perkara yang mejurus ke arah keburukan. Sebagai ibubapa dan pendidik, anak-anak kita haruslah diajar sejak kecil untuk membezakan antara perkara yang baik dan buruk mengikut acuan agama, moral, budaya, dan kemanusiaan. Di samping itu, mereka juga perlu diajar supaya mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap apa sahaja aktiviti yang dilakukan di dalam talian. Ini termasuk menjauhi gejala-gejala yang negatif seperti ‘hacking’, mencuri identiti, penipuan, plagiarism, perjudian, dan sebagainya.
đŗ) đĨđŽđđŽ đđģđ´đļđģ đ§đŽđĩđ & đđēđŽđ´đļđģđŽđđļ
đđđŋđļđŧđđļđđ & đđēđŽđ´đļđģđŽđđļđŧđģ
Kanak-kanak secara semula jadinya diahirkan dengan sifat ingin tahu yang tinggi. Mereka juga memiliki daya imaginasi yang sangat luas; sehingga mampu membuahkan perkara-perkara yang tidak tercapai oleh akal fikiran orang dewasa. Oleh itu, tugas kita yang sebenar bukanlah untuk mengajar sifat ini kepada mereka, tetapi peranan yang perlu kita mainkan adalah untuk membimbing kelebihan yang dimiliki oleh mereka ke arah yang positif, dan turut memberi galakan yang berterusan untuk mereka menggunakan daya kreativiti yang ada di dalam kehidupan seharian dan aktiviti pembelajaran. Bayangkanlah potensi yang bakal dihasilkan jika imaginasi anak-anak ini dapat diterjemahkan kepada sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh dirinya dan orang disekelilingnya.
Anak-anak pada hari ini perlu disiapkan dengan kemahiran-kemahiran yang membolehkan mereka ‘survive’ di dalam dunia yang semakin mencabar. Dan seharusnya, peluang untuk mempelajari ‘survival skills’ ini dicari dengan sebaik mungkin agar benihnya dapat ditanam di dalam diri mereka sejak kecil lagi.
Seperti yang kita tahu, sekolah bukanlah satu-satunya tempat untuk anak-anak kita menuntut ilmu dan mempelajari kemahiran yang berguna ini. Malah, telah terbukti bahawa pembelajaran di luar bilik darjah dapat memberikan kesan yang lebih memberi impak yang tinggi terhadap perkembangan pemikiran dan jati diri para pelajar.
Daya pemikiran kritis, kebolehan menyelesaikan masalah, kolaborasi dan kepimpinan, nilai dinamik, keusahawanan, kemahiran komunikasi, analisis, dan sifat ingin tahu. Kesemua elemen-elemen ini, jika dipraktikkan di dalam pembelajaran, ianya pasti akan membuahkan hasil diluar jangkaan.
Credit : Akademi DS
Hubungi *"Career Development Expert"* PEN Academy:
Cik Nur
www.wasap.my/+601137513676/Kerjaya&BelajarKONDUSIF
Cik Erin
www.wasap.my/+601114377091/Kerjaya&BelajarKONDUSIF
Cikgu Mohd
www.wasap.my/+60193737388/Kerjaya&BelajarKONDUSIF
#UTMSPACE
#Skill
#Work
#kemahiran
#jangansiasiakanmasamuda
#kitabaiksemuasayang
No comments:
Post a Comment